TERKINI DARI SINI

Sunday, August 2, 2009

Persatuan Mahasiswa pendidikan menyokong kempen Say No To Bonceng!!

Mahasiswa adalah golongan yang terpilih dikalangan masyarakat. Kepakaran dan intelektual men jadi simbolik yang tidak dapat dipisahkan dari pandangan masyarakat terhadap mahasiswa. Daya pemikiran yang tinggi dan jauh juga menjadikan mahasiswa golongan yang istimewa dan dikagumi. Disebabkan itulah mahasiswa diberi tempat yang istimewa iaitu ditempatkan disebuah institusi yang dipanggil sebagai universiti. Segala kemudahan dan prasarana yang pelbagai disediakan kepada mahasiswa untuk memastikan proses perkembangan intelektual menjadi pesat dan tepat.

Persoalan utama yang perlu diselesaikan adalah adakah mahasiswa sekarang seperti yang dinyatakan. Kehidupan mahasiswa sekarang tidak menggambarkan budaya intelektual fungsi. Mahaiswa lebih suka membudayakan budaya luar seperti hedonisma, berpasangan , melepak dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan bagi golongan yang mengambil berat. Oleh itu, kedengaran baru baru ini, proses transformasi telah dilancarkan untuk mengambalikan mahasiswa ke tempat yang sepatutnya.

Pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran telah memainkan peranan mereka untuk mengizzahkan kembali mahaiswa. Antaranya Persatuan Mahasiswa Islam University Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah melakukan banyak usaha untuk menjadikan mahasiswa benar- benar sedar tentang peranan sebenar seorang mahasiswa .Program seperti seminar intelektual dan projek “Say No To Bonceng”. projek “Say No To Bonceng” adalah salah satu projek yang dirangka dengan cukup teliti dalam membanteras kejatuhan moral dikalangan mahasiswa akibat tidak mempunyai pemikiran yang panjang. Projek ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam membangunkan kembali nilai seorang mahasiswa.

Pencegahan budaya membonceng adalah amat perlu dalam menangani masalah gejala social yang parah sekarang ini. Membonceng adalah salah satu proses dalam gejala sosial yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak . Secara logiknya, apabila sesuatu pasangan yang bukan mahram bebas melakukan perkara yang tidak bermoral akan menyebabkan berlakunya perkara perkara maksiat seperti zina, mengandung luar nikah dan sebagainya. Ini akan menjatuhkan maruah sebagai golongan intelektual.

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Pendidikan dengan sepenuh hati menyokong usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan akan cuba membantu jika memerlukan bantuan dalam menjayakan program ini. Kami juga menyeru kepada seluruh masyarakat kampus supaya memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam ini.

Oleh :
Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan utm
http://penunggangdunia.blogspot.com/

5 comments:

  1. lepas kumpul tandatangan,next?minta tandatangan pensyarah?pegawaipegawai lain?pak guard sekali?

    ReplyDelete
  2. oke dalam hal ni korang macam melihat kes ni 1 pintu sahaja..korang tak boleh buat kesimpulan mengata membonceng laki perempuan menjurus kearah zina..

    kata pelajar terpilih,,pikir pakai otak la brader..

    gua sokong +akufobia+

    ReplyDelete
  3. walala.kencang.adeh.masalah la kalau perempuan terhegehhegeh nak bonceng lelaki kan.dah takde ke spesis perempuan sejati kat ipt tu yang ada motor+boleh ditumpang.

    ReplyDelete
  4. Macam ni..PMIUTM akan anjurkan satu konferens gejala sosial InsyaALLAH pada 29 Ogos nanti.. Sekiranya ada ketidakpuashati terhadap kempen ini, boleh datang ke konferens ini untuk kita bahaskan secara Ilmiah..Jumpa anda di sana...

    ReplyDelete
  5. Perkara yang baik biasanya mendapat tentangan hebat... Sila teruskan usaha mengekang zina ini PMIUTM..

    ReplyDelete