ANTARA perkara yang ajaran Islam berusaha tegakkan adalah iklim atau suasana yang solehah. Ia disebut dalam bahasa Arab sebagai al-biah al-solehah. Kewujudan persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada dalamnya.
Insan apabila hidup dalam sesuatu suasana, secara kebiasaannya suasana itu akan mempengaruhinya. Jika seseorang yang kurang bijak hidup di kalangan mereka yang bijak, maka sedikit sebanyak bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya.
Demikian jika seseorang yang kurang baik, tetapi hidup dan bergaul dengan mereka yang baik-baik, kemungkinan besar budaya dan akhlak yang baik akan mempengaruhinya.
Perkara yang sebaliknya juga mungkin berlaku. Insan yang tidak jahat, tetapi jika terbiasa dengan mereka yang melakukan aktiviti atau akhlak yang jahat, maka tidak mustahil pengaruh-pengaruh jahat itu akan menyerap ke dalam jiwanya nanti.
Membentuk peribadi seorang insan – di satu sudut – memerlukan pengembelingan seluruh masyarakat, bukan sekadar dua ibubapa sahaja. Sebab kegagalan membentuk seorang anak kecil agar menjadi soleh kadang-kala dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Jika ibu bapa merupakan insan soleh dan mengiklimkan rumah tangga dengan unsur-unsur yang baik, tetapi apabila anak tersebut ke universiti, bergaul dengan kawan tanpa ada batas antara lelaki dan perempuan, melihat pasangan-pasangan berbonceng di sana sini, dan seumpamanya yang kesemuanya menyumbang ke unsur-unsur negatif, maka kemungkinan unsur pengajaran yang telah di bina dirumah tadi akan terhakis sedikit demi sedikit.
Jika tidak terhakis pun, kekeliruan dan pelbagai persoalan dari jiwa yang mentah itu akan muncul. Begitu insan di setiap peringkat terpengaruh dengan persekitarannya atau teman rapatnya. Nabi saw menyebut dalam hadis:
Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya (Riwayat Ahmad)
Maka kita tidak hairanlah jika Allah menugaskan antara tanggungjawab para pemerintah agar memelihara iklim dan persekitaran agar dihiasi dengan perkara-perkara yang makruf dan dipelihara dari kemunkaran yang nyata lagi mencemarkan masyarakat.
Firman Allah: (maksudnya):
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 41).
Inilah tanggungjawab penting yang dilupai oleh ramai mereka yang mempunyai kekuasaan. Allah menguji mereka dengan kuasa supaya mereka menjalankan amanah-Nya agar menegakkan suasana yang baik dan bersih yang diwarnai perkara-perkara makruf dan terpelihara dari pencemaran nilai-nilai negatif.
Allah Maha Agung memerintahkan sesiapa sahaja di kalangan mereka yang beriman apabila diberikan amanah kekuasaan agar menjadi suruhan dan larangan itu berpaksikan kepada peraturan Allah iaitu Islam. Apa yang Allah galakkan maka pemerintah akan galakkan, dan apa yang Allah haramkan maka pemerintah pun haramkan.
Peraturan Islam itu adalah peraturan yang bebas dari kepentingan mana-mana pihak. Ia semata-mata keadilan, kesejahteraan dan keharmonian. Mana-mana perkara yang dikaitkan dengan Islam tetapi terkeluar dari prinsip keadilan dan keharmonian yang sebenar, maka itu bukan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Saya cuba membicarakan tajuk ini memandang meningkatnya kerunsingan kita semua terhadap keadaan persekitaran masyarakat yang dilanda pelbagai budaya dan akhlak yang negatif. Inilah hasilnya apabila tanggungjawab Amar Ma‘ruf dan Nahi Mungkar tidak menguasai masyarakat. Atau jika adapun suruhan kepada kebaikan dan larangan dari kejahatan hanya bersifat terpilih bukan menyeluruh.
Bahkan kadangkala suruhan kepada makruf dan pencegahan kepada mungkar berjalan atas kepentingan tertentu. Kadar kempen kepada kesedaran seperti solat, tidak lebih hebat daripada kadar kempen kepada kelalaian dan kealpaan hidup. Hal ini boleh kita lihat saban hari di media-media kita. Sebabnya, sehinggakan media kerajaan, soal komersial dan keuntungan kadang-kala lebih dititik beratkan dibandingkan soal pembangunan insan. Tajuk-tajuk forum agama juga banyak yang bersifat komersial.
Perkara makruf itu begitu banyak jika hendak ditegakkan. Ini termasuk menyuruh kepada solat, puasa, zakat, haji, berbuat baik kepada ibu bapa, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhannya. Juga menegakkan ilmu pengetahuan, keadilan, kebajikan, kedamaian merupakan tanggungjawab Amar Makruf.
Namun biasanya, penegakan yang makruf tidaklah begitu susah sesusah usaha mencegah perkara mungkar. Maka banyak pihak seperti penceramah-penceramah TV yang sanggup mengajak kepada yang baik tetapi takut untuk mencegah yang mungkar.
Maka sebab itu, walaupun ceramah dan forum perdana banyak, masyarakat kita tetap dihujani ujian kerosakan dan kemungkaran kerana ramai yang hanya berani menyuruh kepada kebaikan tetapi tidak berani melarang kemungkaran. Bahkan suruhan yang makruf itupun hanya dalam perkara terpilih atau lebih tertumpu kepada soal-soal kelebihan amal. Tiada keberanian menyentuh perkara-perkara pokok seperti prinsip ilmu, keadilan dan seumpamanya.
Bani Israil dilaknat kerana meninggalkan usaha mencegah kemungkaran. Firman Allah (maksudnya):
Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Banyak perkara negatif telah menjalar ke dalam berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat kita. Daripada isu akidah seperti menghina Islam sehingga kepada gejala sosial yang melampaui batas. Orang ramai tidak lagi peka apabila melihat sesuatu yang ternyata amat mungkar berlaku di hadapan matanya sedangkan mereka mampu mengubahnya.
Akhirnya, masyarakat hidup tanpa mempedulikan arahan Allah. Kemunkaran yang pada mulanya merupakan penyakit kelompok, akhirnya menjelma menjadi barah yang mengancam masyarakat keseluruhannya. Akhirnya, keselamatan, keadilan, minda, bahkan identiti umat Islam itu sendiri terancam. Ancaman-ancaman ini pada mulanya kelihatan kecil dan kita tidak begitu mempedulikannya. Tapi akhirnya ia menjadi api yang menyala dan sukar untuk dipadamkan lagi.
Firman Allah: (maksudnya):
Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25).
Dalam menafsirkan ayat ini Ibn Abbas berkata : Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku dikalangan mereka, Nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).
Maka sesiapa yang melihat mungkar tetapi dia mencegahnya sedangkan dia mampu, maka dia sebenarnya berdosa. Ramai kita yang tidak perasaan bahawa dia berdosa kerana membiarkan kemungkaran yang dia sebenarnya amat mampu mencegahnya.
Kata al-Nawawi (meninggal 676H):
“Sesungguhnya menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munfkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah sesiapa yang mampu melakukannya tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan mungkar atau mengurangi makruf” (Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim)
Jika kita berlumba-lumba memelihara persekitaran kita, mungkin pencemaran kesejahteraan yang sedang kita alami akan dapat diselamatkan. Dengan syarat kita ikhlas niat hanya kerana Allah, bukan sekadar meredakan masyarakat. Jika tidak kelucuan akan berlaku seperti mana kita yang memberi lesen kepada pusat-pusat hiburan terlampau kemudian kita pula menghantar pegawai pencegah untuk menahan sesiapa yang terlibat. Demikian kita lihat ada tangan yang merasmikan masjid, tangan yang sama juga meluluskan pusat-pusat yang mencemarkan kemurnian iklim. Tiada kejujuran yang penuh dalam hal ini.
Di samping, ramai pula di kalangan masyarakat yang merasakan tidak menjadi kesalahan duduk dalam majlis yang penuh dengan kemungkaran tanpa dia berusaha mencegahnya. Dia dapat selesa dalam iklim yang sedemikian. Lebih parah lagi jika ada yang mampu duduk semeja tersenyum simpul ketika rakan-rakan yang lain menghina Islam atau melakukan maksiat secara terang seperti membonceng antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Dia tidak membela dan mempertahankan ajaran Allah dan Rasul-Nya, atau mencegah, sebaliknya terus berkongsi kegembiraan bersama.
Firman Allah:
(maksudnya) Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). (Surah al-An‘am, ayat 68).
Firman Allah juga: (maksudnya):
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. (Surah al-Nisa, ayat 140).
Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini:
“Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka”. Katanya lagi: “Firman Allah: (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini.
Marilah kita bina iklim takwa..
Bismillahirahmanirrahim
ReplyDeleteAssalamulaikum wrt. wbt.
Mohon menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh Girl1988. Mohon maaf sekiranya fikrah yang diutarakan ini sedikit sebanyak mengguris hati pembaca.
Firman Allah S.W.T
"kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.."
Surah Al Baqarah, ayat 85.
Ayat di atas menceritakan perihal umat Islam yang beriman dengan separuh kitab dan kufur sebahagian daripada kitab. Ada perkara yang mereka setuju..dan ada yang mereka tidak setuju.
Keindahan hidup dalam suasana penghayatan Islam inilah yang dikenali dengan “Biah Solehah”. “Biah” adalah kalimah Arab yang bermaksud suasana, keadaan dan juga persekitaran. Manakala “Solehah” pula ialah semua yang baik pada perspektif syarak iaitu menyuruh melakukan yang baik (makruf) dalam masa yang sama menghalang dari melakukan yang jahat (mungkar) pada pandangan Islam.
Persoalan yang cuba ditimbulkan... Adakah dengan sekadar menghidupkan bi'ah solehah mampu mengurang dan menghapuskan kadar maksiat?
Jawapannya..Ya! dan ianya akan menjadi kenyataan apabila kita berpijak dibumi yang nyata. Sejajar dengan firman Allah yang mengingatkan kita.. "Jangan hampiri zina..". Bukan sahaja melakukan, namun menghampiri itu sudah menjadi satu kesalahan dan amat dibenci oleh Allah.
Oleh yang demikian, untuk merealisasikan keadaan yang sempurna, kita juga perlu merealisasikan persekitaran yang cukup sempurna.
Sebagai contoh, menjadi suatu perkara mustahil apabila kita mahukan minuman yang bersih dengan memasukkan minuman yang baru ke dalam cawan yang sememangnya sudah kotor. Ini menunjukkan betapa pentingnya persekitaran yang bersih demi mewujudkan hasil yang bersih.
Rasulullah SAW adalah model pemimpin yang telah berjaya membentuk biah solehah. Strategi yangbaginda gunakan adalah terlalu mudah untuk kita mencontohinya. Hanya melalui dua langkah yang mudah iaitu pembacaan Al-Quran secara bertadarus dan pengamalan segala hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Itulah serampang dua mata senjata ampuh yang amat berkesan dalam melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana Biah Solehah.
Sudah menjadi kebiasaan.. Zaman nabi dulu pun, kita tidak lupa yang Nabi dihina, dikecam dan diburukkan kerana Dakwah. Nabi dimaki kerana Islam dan Nabi juga mahu dibunuh kerana Islam.
ReplyDeleteOleh yang demikian, saya tidak pelik dengan reaksi Girl1988.. Ambil pendekatan 'kepala hotak' pemberian Allah untuk melawan semula Allah. Seolah - olah kita tidak mempunyai perasaan malu dan rasa bersalah pada Allah.
Pelik tapi Benar, bukan? Sebagai contoh, kita pinjam duit kawan,si A..dengan duit itu juga kita upah orang lain utk pukul atau bunuh si A. Ibarat kacang lupakan kulit. Ibarat manusia yang lupa, alpa dan tidak sedarkan diri.
Tidak kira..siapa pun kita, semua harta yang ada dengan kita adalah pinjaman Allah. Kita seingkali merasakan hebat dengan pemikiran baru kita dan merasakan...kita lah yang paling terbuka.
Ingatlah... Ulama' Fiqh sering menyatakan,
ReplyDelete"Matlamat tidak menghalalkan cara..."
Jawapan yang biasa kita dengarkan;
a. Mana ada rasa aper2, saya sekadar bonceng dan tumpang ke destinasi.
b. Salahkah saya hanya tumpang untuk ke kelas mencari Ilmu..?
c. Tanpa bersentuhan dan beg diletakkan ditengah2 antara kami, haram jugak ker...?
d. dan banyak lagi alasan manusia yang jahil dengan peringatan Allah..
So.. Renung2kanlah. Mudah mudahan kita dirahmati Allah. Ingatlah! Kita dipertangungjawabkan dengan setiap apa yang kita lakukan.
Wallahu'Alam.
Ibnu Ghani
Kuala Lumpur.
Saya terbaca komen hamba-hamba Allah sekalian pada chatterBox di blog, sungguh, saya rase lucu, pelik, juga sedih. hehe~
ReplyDeleteSaya lihat kempen ini cukup baik niatnya. Malahan inilah yang kita imipikan, pelaksanaan syariat Allah di muka bumi-Nya. Bila syariat Allah terlaksana, maka ummat manusia (muslim ke tak muslim ke) semua akan hidup dalam keadilan dan keharmonian. Ini keistimewaan sistem Ilahi. Mampu mengharmonikan dunia. Berbanding sistem manusia, takkan pernah sempurna.
Walau bagaimana pun, saya nak lontarkan persoalan kepada semua berkaitan dengan Biah solehah.
Saudara sekalian selalu mengatakan biah solehah lah yang membentuk individu-individu muslim, tapi daripada contoh penerangan yang saudara berikan saudara juga mengatakan, bukan biah yang membentuk individu, tapi hakikatnya, individu yang membentuk biah. Contoh macam Rasulullah SAW, zaman makiyyah, biah solehah tidak wujud pun, tetapi kenapa Rasulullah SAW boleh je mentarbiyyah para sahabat? Biah makiyah kan penuh dengan kejahilan, kemungkaran, kemaksiatan?
Sesudah Rasulullah SAW membentuk para sahabat, dengan kekuatan yang ada ini, mereka telah membentuk biah solehah di madinah, hingga madinah menjadi daulah islamiyah pertama. hmm...so, konklusinya, bukanlah biah yang membentuk individu, tetapi individu yang faham lah yang membentuk biah.
Macam saudara sekalian, kerana kalian faham, kalian ingin membentuk biah, betul? tapi mungkin biah ini tak boleh terlaksana dengan baik, sebab ramai lagi ummat yang tak faham. So, apa kena buat? bagi diorang faham dulu, bentuk dulu diorang, then bila dah faham, barulah kita sama-sama bentuk biah ini seperti yang di lakukan Rasulullah SAW.
Saya lebih setuju andainya kita dapat buat satu kempen pentarbiyahan (Terapkan kefahaman Islam yang tulen) kepada mahasiswa UTM secara berleluasa DAHULU, then baru kita proceed kepada kempen say no to maksiat. Ikut sunnah. Huhu~
Sekilas pandangan. (^__^)
Wallahu'alam.
Model "apa kata" yang saudara lontarkan saya rasa ada baiknya dilaksanakan..Sampai bila hanya menunggu "orang lain" berbuat sedangkan kita buat apa untuk isu ni?? orang da mula mempersoal saya rasa sudah agak baik sebagai medan dakwah kita untuk memberi tahu dan memberi faham..
ReplyDeleteSebagai orang yang melihat dari luar UTM, amat sedih jika orang seperti anda yang sudah ada kefahaman bahawa perlunya memberi kefahaman orang lain terus mengkritik secara terbuka perkara ini dalam masa yang sama tidak membantu dalam menjelaskan isu ni malah mengkritik tindakan ini tidak wajar..
Kalau betul kefahaman perlu dibentuk..apa usaha anda??? mana sumbangan anda untuk disumbangkan kepada pihak jawatankuasa kempen ini untuk memberi kefahaman...masih ingin meneruskan mengkritik method dalam pada masa yang sama anda tidak melakukan tugas anda untuk memberi kefahaman???
Sedih..sedih...Sudut pandangan dari sudut dakwah itu berbeza tidak apa..yang penting sejauh mana usaha kita ingin menyedarkan Umat..jangan hanya mampu mengkritik hasil orang tanpa kita sendiri tidak berbuat apa2..adush..sedihnya aku pada penggerak dakwah hari ini...bergaduh tentang perkara furu'..benda lain diabaikan...sedih..sedih
hm....terim kasih saya ucapkan kepada saudara kerana menegur saya dengan agak "keras"...
ReplyDeletesalah saya kerana memberikan pandangan yang dilihat negatif...
apa pun, saya terima teguran saudara...
Walau macam mana pun, izinkan saya bercakap daripada sudut saya...
hmm...saya berkata demikian bukan kerana saya tidak buat atau memberikan penerangan kepada ummat2 yang ada ni...malahan itulah yang terpaksa saya terangkan kepada mereka2 yang bertanya kepada saya tentang kempen ini...bahkan ada daripada itu, siap mengutuk lagi kempen ini depan saya...
bila saya menerangkan kepada mereka, saya terpaksa berdebat dengan mereka sehingga ketika saya berdebat, suasana menjadi tegang...dan saya terpaksa mengalah untuk mengelakkan daripada perkara2 yang lebih teruk berlaku...
situasi ini saya lihat berlaku kerana pelaksanaan kempen tanpa penerangan terlebih dahulu...bahkan kalau saudara melihat dalam cbox, ramai lagi orang yang mengkritik kempen ini kerana kurangnya kefahaman dalam diri mereka...bukankah method dakwah rasulullah SAW begitu?
Para rasul dan nabi di utuskan untuk mengajak ummat yang 'lost' ini kembali tunduk kepada Allah...bukan untuk menghukum atas kejahilan mereka...mereka hanya dihukum atas kemaksiatan yang mereka lakukan hanya setelah mereka mendapat kefahaman...ini konsep yang saya lihat...
rata2 daripada ummat Islam kini, banyak yang dah lari daripada jalan yang hakiki akibat serang2an pemikiran...jadi, skop utama dalam dakwah adalah kembali mereka ini kepada jalan ilahi...bawakan semula pehamaman yang tulen berkaitan Islam...itu yang saya ingin sampaikan...kalau tidak, kalau ingin terus dengan pelaksanaan hukum, maka kita akan terus dikritik dan dihina oleh mereka2 yang tak faham...lantas menyebabkan ramai du'at kecewa dan kecil hati atas perbuatan mereka sendiri yang tidak kena pada situasi...
saya hanya memberi candangan dan tidak juga terlintas untuk bergaduh atas perkara furu'...saya sudah tentu ingin melihat ummah ini bangkit, berjaya dan cemerlang...tapi saya mengharapkan 'kita' yang bergelar du'at dapat menggunakan pendekatan yang terbaik untuk tangani hati2 ummah yang dah kehilangan arah tuju...
mohon maaf kepada semua sekiranya cadangan saya ini hanya memburukkan nama pihak2 berkaitan...tak terlintas untuk memburukan situasi...niat saya hanya ingin menambah baikkan usaha yang murni agar ummah ini lebih dinamik...
kpd saudara kabinet, mungkin anda tidak nampak usaha saya, sebab itu saudara mengatakan saya tidak berkerja...walau apa pun, terima atas teguran saudara...insya Allah saya akan pebaiki kekurangan diri...
"dakwah memerlukan pengalaman dan terguran di sepanjang jalan untuk menjadi sempurna..."