Penggerak Kempen "UTM Say No To Bonceng" bakal menemui seluruh mahasiswa untuk sama-sama menyokong kempen ini yang akan dijalankan seperti jadual di atas. Sesiapa yang mempunyai kelapangan masa pada tarikh-tarikh berikut dan ingin turut sama menyumbangkan tenaga bagi kempen ini, hubungi : 013-7143682. Satu taklimat akan diadakan bersama semua ketua-ketua di setiap kolej pada 2hb ogos untuk penyelarasan gerak kerja.Inilah masa untuk kita melakukan perubahan ke arah lebih baik. Sama-sama kita merebut amal kebaikan berpanjangan dengan menyertai team penggerak kami pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Sumbangan tenaga yang anda berikan amat kami hargai. Sekian. MyLPM.





