TERKINI DARI SINI

Wednesday, July 29, 2009

Roud Tour Ke Kolej Tun Razak

30 Julai 2009 : "UTM Say No To Bonceng" meneruskan siri-siri kempen ke kolej di sekitar UTM. Hari ini, AJK bertindak pusat telah turun untuk membuat sesi penerangan di Kolej Tun Razak bersama pimpinan Kelab STAR.

Seperti mana di kolej-kolej yang pernah pihak kami lawati sebelum ini, Kelab STAR juga bersiap sedia untuk membantu PMIUTM dalam merealisasikan agenda menjadikan UTM sebagai Zon Larangan Bonceng.

Secara peribadi, Saudara Khairuddin yang merupakan pemangku kepada Saudara Hafizuddin, Pengerusi kelab STAR yang kini sedang menjalani Latihan Mengajar di Kota Tinggi amat menyokong kempen ini. Sokongan ini juga disambut baik oleh pimpinan Mahasiswi kelab STAR yang turut hadir dalam perbincangan tersebut.


Dalam pada masa yang sama juga, Penggerak siswi diperingkat pusat yang diketuai oleh Saudari Hasunah, Timbalan Pengerusi Jabatan kerohanian dan Sosial MPP UTM merangkap Setiausaha bagi kempen ini turut menjalankan Road Tour ke kolej Datin Seri Endon untuk mendapatkan respon dan kerjasama daripada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KDSE.

Sokongan dari pelbagai pihak setakat ini amat memberi motivasi kepada para penggerak diperingkat pusat agar lebih bekerja keras dalam mencapai matlamat kempen ini iaitu menjadikan UTM sebagai zon larangan bonceng.

Pengarah operasi UTM Zon Larangan Bonceng, Saudara Zaki Haron juga turut memaklumkan bahawa siri-siri kempen ke Kafe-kafe disekitar UTM juga bakal diadakan dalam sedikit masa lagi. Sekian. MyLPM.

1 comment:

  1. Kenapa tak dikumpul semua mahasiswa Islam dgn tempat, masa dan atur cara yg tersusun dan diberi penerangan kpd mereka? Tidakkah itu lebih berkesan? Anyway, ana dah bg nama utk kempen ni. Sokong 1000000%+++

    ReplyDelete